Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah kini pertubuhan sah dibawah ROS

KOTA KINABALU: Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan yang sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Sabah.

Pengerusinya Puan Helen Morris berkata, persatuan itu berjaya didaftarkan pada 4 Mac lalu dan telah menerima sijil pendaftaran pada 18 Mac lalu daripada Penolong Pengarah ROS Negeri Sabah Dewi Maing.

Katanya misi dan visi persetuan ini ialah mencari,menjajaki dan membantu isteri veteran tentera, ibu tungal, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya Persatuan Veteram Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Sabah.

“Dengan terdaftarnya persatuan ini, kita berharap dapat menggerakkan aktiviti dan program dengan segera, kerana banyak yang perlu kita lakukan untuk membantu keluarga PVATTBM di Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata persatuan itu amat bertuah kerana walaupun baru sahaja didaftarkan, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag telah bersetuju menerima pelantikan sebagai Penaung 1 persatuan semasa Ahli Jawatankuasanya mengadakan kunjungan hormat kepada beliau pada Ahad lalu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag diatas sokongan dan kesudian menerima pelantikan daripada pihak persatuan,” katanya.

Penaung 2 persatuan itu ialah Yang Dipertua PVATTBM Cawangan Sabah Datuk Zaman Bayang, manakalq Timbalan Pengerusi persatuan ialah Rini Lidius @Haslinda Abdullah@Lucy.

Jawatan setiausaha disandang oleh Siti Darwina Awang, Penolong Setiausaha ialah Rohanizah Karim dan Bendahari ialah Sivinis @Rosalind Sumin.

Tiga ahli jawatankuasa terdiri daripada Salmiah Abdul Wahab, Ramia@Samiah Emui dan Sokilim Lunsin.