SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyambut baik cadangan penurunan kuasa bagi bidang Pendidikan dan kesihatan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
Suhaimi merupakan Ketua Penerangan UMNO Sabah menjelaskan ini amat penting bagi Sabah dan Sarawak melakukan perancangan bagi dua sektor itu yang sebelum ini dilaksanakan di Putrajaya termasuk isu penting seperti pengambilan guru dan petugas kesihatan.
“Banyak kekosongan yang perlu diisi oleh calon yang tidak mahu bertugas di Sabah dan Sarawak kerana memikirkan kawasan pedalaman selepas tawaran dua sektor itu dibuka. Itu menyebabkan sehingga kini jawatan berkenaan tidak diisini untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata Apa-apa keputusan perlu dirujuk dulu kepada kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan dan mengambil masa lama.
“Cadangan penurunan kuasa kepada kerajaan dua negeri ini perlu diputuskan segera oleh kerajaan persekutuan dalam memastikan dua sektor mempu memberi perkhidmatan yang lebih baik.
“Sudah tiba masanya Sabah dan Sarawak membuat keputusan sendiri untuk dua sektor berkenaan tanpa merujuk kepada kerajaan persekutuan,” tegasnya.
Suhaimi berharap kerajaan persekutuan dapat memuktamatkan keputusan penurunan kuasa itu yang sebelum ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).