Pengurusan Hospital Likas, Perlu Ambil Tindakan Kepada Pegawai Perubatan Dikenali ‘Azlinah’

KOTA KINABALU: Pihak Pengurusan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas perlu mengambil tindakan terhadap Pegawai Perubatan yang gagal melayani pesakit secara profesional kepada pesakitnya.

Sabah News Today menerima aduan daripada seorang pesakit mengenai tingkah laku, pegawai perubatannya bertindak  bercakap kasar sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada pesakitnya.

Seorang pengadu hanya ingin dikenali sebagai Fatimah berkata, kejadian berlaku pada malam tadi, pegawai perubatan dikenali sebagai ‘Azlinah’ bercakap kasar sehingga mencetus kemarahan dalam kalangan pesakit di Wad Kecemasan malam tadi.

Katanya, agak malang apabila ada kalangan pegawai perubatan bertugas malam tadi tidak mengambil kira keadaan pesakitnya serta membiarkan mereka menunggu di kawasan di luar bangunan pada malam tadi.

“Ruangan menunggu seperti perhentian bas diletakkan ditengah bulatan kawasan lapang jalan menyebabkan pesakit terdedah kepada cuaca hujan lebat serta angin kencang berlaku pada malam tadi.

“Apabila saya bertanya kepada Pegawai Perubatan tersebut mengenai angka giliran mengapa tidak dipanggil sehingga berlarutan selama dua jam tiga puluh minit.

“Pegawai Perubatan dikenali sebagai Azlinah bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkan pesakit hanya makan ubat panadol jika tidak tahan sakit.

“Kami terkejut mengapa Pegawai Perubatan (Azlinah) tersebut melayani pesakit seumpama ini dengan nada kasar kepada pesakit.

“Beliau sepatutnya memberikan kata-kata tidak menyinggung pelanggannya ketika mereka (pesakit) ketika mana memerlukan bantuan rawatannya,” katanya kepada Sabah News Today hari ini.

Fatimah berkata, pesakit tidak akan datang ke wad kecemasan jika mereka tidak menghadapi masalah penyakit kritikal.

“Sepatutnya Pegawai Perubatan Azlinah ini sudah maklum keadaan pesakit apabila membaca laporan perubatan yang sampai kepadanya.

“Pihak Pengurusan Hospital Likas terutama Pengarah terbabit perlu menyedari perkara ini daripada berlarutan sehingga menjejaskan imejnya.

Fatimah berkata, dengan ketiadaan parking menyebabkan pesakit terpaksa berjalan jauh tetapi gagal mendapatkan perkhidmatan yang diharapkan.