KOTA KINABALU : Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak masing-masing dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta mulai tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata peningkatan daripada RM300 juta itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024, petang tadi.
Menurutnya, peningkatan bayaran interim itu sepatutnya diumumkan pada Belanjawan 2025, namun Perdana Menteri membuat keputusan mengumumkan lebih awal, hari ini.
“Pembayaran khas interim kepada Sabah dan Sarawak sepatutnya dikaji setiap lima tahun sekali, namun Perdana Menteri membuat keputusan menaikkan jumlah itu lebih awal.
“Sabah dan Sarawak menerima dengan hati terbuka kenaikan jumlah itu, tetapi kita masih mencari jalan untuk mendapatkan formula bagi pembayaran khas untuk kedua-dua negeri,” katanya dalam sidang media hari ini.
Fadillah berkata, apa yang penting pihak ia lebih untuk membantu Sabah dan Sarawak bagaimana peruntukan itu digunakan terserah kepada Sabah dan Sarawak.
“Mengenai tuntutan 40 peratus hasil bersih yang dikutip kerajaan Persekutuan di Sabah, Fadillah berkata perkara itu tidak dapat dibincangkan berikutan masih dalam prosiding mahkamah,” jelas Fadillah.