Pelajar baharu manfaatkan peluang belajar di Universiti – Awang Aslee

BEAUFORT : Pelajar baharu berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke universiti disaran untuk memanfaatkan peluang belajar ketika beada sepanjang tempoh  pengajian mereka.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, tawaran melanjutkan pengajian ke universiti merupakan satu peluang berharga serta tidak semua pelajar lepasan Sijil Pertengahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpeluang melanjutkan pengajian berikutan persaingan sangit.

“Masuk universiti ini merupakan satu langkah yang besar dan merupakan idaman semua pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

“Anda merupakan insan yang bertuah dari ribuan pemohon lain yang tidak berjaya, justeru mereka yang diberikan peluang menyambung belajar tidak mensia-siakan peluang ini,” katanya.

Mereka terdiri dari Mohd Hakimi Reeza dari Kuala Penyu yang akan melanjutkan pengajiannya ke (UNIMAS) dalam bidang Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

Manakala Siti Nur Syaza Athirah Kahar dari daerah Beaufort melanjutkan pengajinannya ke (UMT) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Laut.

Ihsan Hani Mohd Lapian juga dari daerah Beaufort melanjutkan pengajiannya dalam bidang Pendidikan Seni di (UPSI).

Awang Aslee berkata, tersebut adalah hasil sumbangan dari Tabung Pendidikan Melayu akan diagih-agihkan kepada pelajar kurang berkemampuan dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Unversiti tahun ini.

“Walaupun sumbangan tersebut tidaklah sebesar mana, namun ia dapat meringankan beban ibubapa pelajar untuk menyediakan keperluan serta kelengkapan anak-anak mereka ketika mula melangkah ke Unversiti.

“Kepada pelajar yang berjaya memasuki Unviersiti agar mengunakan peluang serta  kesempatan di universiti untuk cara berfikir bagaimana untuk majukan diri, keluarga dan negara,” jelas Awang Aslee.

Menurutnya, tumpukan sepenuhnya perhatian kepada pengajian semasa di Universiti, jangan terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan masa depan mereka.