Gagasan Rakyat Terus Menarik Minat Rakyat Sabah dan Pencapaian Kerajaan Negeri Jadi Faktor Utama

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) semakin mendapat perhatian rakyat berikutan pencapaian cemerlang kerajaan negeri yang diterajui mereka.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, rakyat kini lebih yakin dan memilih Gagasan Rakyat setelah menyaksikan inisiatif serta bantuan yang telah disalurkan sepanjang empat tahun pemerintahan.

Katanya, kerajaan negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berjaya menunjukkan pelbagai pencapaian signifikan, termasuk usaha menurunkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.

“Rakyat juga mula merasai perubahan ketara sejak GRS-PH Plus mengambil alih pemerintahan berbanding dengan kerajaan terdahulu yang hanya memerintah selama dua tahun lebih.

“Kerajaan negeri kini fokus kepada kerja dan bukan sekadar bercakap soal politik. Kestabilan politik dicapai membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran dan menyelesaikan masalah rakyat yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya,” katanya.

Nizam merupakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, beliau Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg. Amir, atas kejayaannya menghimpunkan lebih 1,000 perwakilan dari 143 cawangan dalam Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sebatik.