MUTIARA GRS rai kanak-kanak sempena Krismas di Ranau

RANAU : Isteri Ketua Menteri merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Juliah Salag menyantuni 77 kanak-kanak termasuk 10 pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ranau.

Program itu sempena Majlis Jamuan Hi-Tea sempena sambutan Hari Krismas di Kundasang di sini semalam.

Kanak-kanak terbabit adalah dari Rumah Kanak-Kanak Don Bosco seramai 35 orang manakala 12 dari Tadika Tunas Pelita Don Bosco dan masing-masing 10 kanak-kanak dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan serta DUN Paginatan.

Ini merupakan program kali kedua MUTIARA GRS sempena sambutan Krismas dengan kali ini memilih kanak-kanak di kawasan luar bandar untuk sama-sama bergembira meraikan perayaan itu. 

Sambutan yang sama turut diadakan di Rumah MUTIARA GRS pada 2023.