KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menurun kepada 1,664 orang daripada 651 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ini berbanding 1,723 orang daripada 673 keluarga malam tadi.
Menurut kenyataan itu, mangsa di Pitas seramai 1,363 orang daripada 565 keluarga dipindahkan ke empat PPS, diikuti Paitan dengan 259 orang (76 keluarga) di empat PPS dan Lahad Datu 42 orang (10 keluarga) di satu PPS.
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.
Dalam pada itu, satu PPS iaitu Masjid Binsulung di Paitan telah ditutup pada pagi ini.