PPS Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu diaktifkan bantu mangsa banjir

LAHAD DATU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pusat Latihan Vokasional Pertanian diaktifkan bagi membantu menempatkan mangsa banjir di kawasan Segama Lahad Datu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata, ini bagi membolehkan mangsa bencana banjir di kawasan berhampiran Sungai Segama dapat dipindahkan berikutan kawasan mereka dinaiki banjir.

Katanya, PPS ini mula di buka kira-kira jam 9.00 malam tadi bagi membolehkan mangsa banjir di tempatkan sementara di kawasan ini.

“Berdasarkan maklumat diperolehi daripada JPBD Lahad Datu, diisytiharkan bahawa berlaku bencana banjir di kawasan Segama yang menyebabkan beberapa rumah kediaman berdekatan Sungai Segama dinaiki air,” katanya di sini hari ini.

Firuz Idzualdeen merupakan Pegawai Daerah Lahad Datu berkata, beliau mengarahkan agar semua operasi penyelamat serta pemindahan mangsa dilakukan dengan segera manakala PPS berhampiran kawasan terjejas diaktifkan secara serta-merta.