LAHAD DATU: RHB Bank Berhad cawangan Lahad Datu menghargai pelanggannya mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di sini hari ini.
Pengurus Cawangannya, Mohammad Ridhwan Khan Abdul Rashid berkata, majlis ini merupakan acara tahunan perbankan itu sambil menghargai pelanggan serta kakitangannya.
Katanya, ini merupakan penghargaan RHB kepada seluruh pelanggannya terutama di Lahad Datu selepas beberapa tahun tidak meraihkannya berikutan penularan COVID-19.
“Sambutan ini sebagai tanda penghargaan daripada pihak bank kepada pelanggan dalam menjadikan RHB bank sebagai bank pilihan mereka sejajar dengan slogan “ Together We Progress,” katanya di sini hari ini.
Mohammad Ridhwan berkata, selain ini beberapa cawangan lain turut mengadakan Majlis rumah terbuka tahun baru pada masa yang sama.
“Kami sangat berterima kasih kepada pelanggannya sekitar Lahad Datu yang sangat menyokong sistem perbankan RHB di sini,” katanya.
Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan acara simbolik tarian singa serta pertunjukkan mercun.