Lima keluarga asnaf Labuan terima bantuan MAIWP

LABUAN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyantuni lima keluarga asnaf sempena lawatan kerja rasminya di Labuan.

Lima keluarga asnaf terdiri daripada penerima bantuan MAIWP itu termasuk Mohd Afandi Awang, 32  dari Kampung Tanjung Aru.

 Beliau mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan menanggung seorang isteri, lima orang anak berumur di antara 3 hingga 14 tahun serta ibu yang menghidap penyakit buah pinggang.

Sehingga kini memerlukan kos perubatan yang tinggi menyebabkan Mohd Afandi terbeban masalah kewangan.

MAIWP menyalurkan bantuan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan berjumlah RM500 sebulan serta RM300 sebulan melalui program inisiatif Zero Hunger MAIWP bagi membantu meringankan beban kewangan ditanggung.

Mohd Na’im Mokhtar turut diiringi Pengurus MAIWP Labuan seterusnya  menyantuni menyerahkan bantuan bot nelayan beserta injen sangkut bernilai RM9,500 kepada nelayan Mohd Shariff Mohd Salleh dari Kampung Tanjung Aru.

Beliau merupakan nelayan sepenuh masa kehilangan punca pendapatan setelah bot yang dimiliki mengalami kerosakan teruk.  

Keluarga asnaf lain disantuni Mohd Naim ialah pesakit jantung kronik, Sabtuyah Kedri, 59, dan Jamil Wali, 67,  menghidap kanser paru-paru serta Johari Salleh, 48, pesakit jantung kronik.

Ketiga-tiga pesakit merupakan penerima Bantuan Perubatan dan Peralatan Kesihatan MAIWP bernilai antaran RM2,000 hingga RM16,000 seorang.

 Selain itu, asnaf tersebut turut menerima  sumbangan RM500 dan bakul makanan bernilai RM200.

Turut hadir, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Datuk Abdul Hakim Amir Osman.

Terdahulu Sebelum itu, Mohd Naim menghadiri Majlis Tautan Kasih Aidilfitri anjuran MAIWP Labuan yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Medan Selera Labuan.