Jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah tidak menjadi isu – Zahid Hamidi

KINABATANGAN :Jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan saja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian sebagai menjawab isu keperluan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah yang ditimbulkan pihak tertentu.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mempertimbangkan perkara itu sedalam-dalamnya sebelum keputusan dibuat bagi melantik Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili Sabah dan Sarawak.

“Ketika ini apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, seorang Timbalan Perdana Menteri yang mewakili Sabah dan Sarawak.

“Pelantikkan Datuk Seri Fadillah bukan sahaja untuk mewakili Sarawak tetapi sebenarnya portfolio yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengkordinasikan semua program untuk Sabah dan juga Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sentuhan Kasih Desa Sukau, Kinabatangan dan Keusahawanan Luar Bandar 2024 di Dataran Tamu di  Sukau Kinabatangan, di sini hari ini.

Zahid merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta tunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan terlebih dahulu untuk keperluan mewujudkan jawatan berkenaan mewskili Sabah.

Dalam sidang media sama beliau menegaskan perjumpaan pada malam ini bersama pemimpin-pemimpin UMNO Sabah untuk membincangkan isu pilihan raya negeri ini.