Lebih 50,000 Dijangka Hadir Saksikan FKAT 2025 Di Tawau – Nizam

KOTA KINABALU : Lebih 50,000 masyarakat dijangka hadir memeriahkan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Siri Ke-10 dijangka berlangsung pada 2 Ogos depan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, festival tahunan itu sentiasa menarik kehadiran pengunjung sekali gus dijangka menyumbang ekonomi kepada masyarakat Tawau.

Nizam ketika ditemubual media di sini semalam.

Katanya, festival memasuki 10 tahun penganjurannya akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman.

“FKAT merupakan acara tahunan membabitkan negara jiran termasuk Indonesia, Filipina bersama negara ASEAN kali ini yang sudah mengesahkan penyertaan mereka.

“Ini merupakan satu platform untuk memperkenalkan daerah Tawau sebagai tempat pertemuan pelbagai budaya Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei di Tawau,” katanya di sini semalam.

Nizam berkata, antara negara lain menyertai FKAT ini iaitu negara  Timur Tengah kadang-kadang ada juga datang untuk menyertai festival ini.

Nizam ketika melakukan kunjungan hormat kepada Musa.

“Konsep kita akan ketengahkan beberapa elemen baharu termasuk festival perkahwinan, kepahlawanan serta kraf tangan. 

“Lebih kurang 30 etnik akan membuat persembahan jadi kita akan pecahkan 10 etnik memperagakan elemen-elemen perkahwinan,,” jelas Nizam.