LABUAN : Lebih 5,000 warga UMNO Bahagian Labuan termasuk orang ramai memeriahkan Karnival Hari Keluarga UMNO diadakan di Padang Majal Pohon Batu, Labuan.
Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, karnival ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan kalangan ahli UMNO tetapi juga sebagai penghargaan mereka setia dalam perjuang parti.
Katanya, karnival terbuka kepada masyarakat tanpa mengira kaum ini juga sebagai komitmen UMNO Labuan untuk mendekati rakyat secara inklusif.
“UMNO hari ini tidak lagi eklusif seperti dahulu, pendekatan kita sekarang lebih terbuka, inklusif dan mesra kepada semua lapisan masyarakat.
“Karnival ini juga adalah salah satu UMNO Bahagian Labuan untuk mendekati dan mendengar keluhan rakyat dan membela nasib rakyat…walaupun kita tidak memenangi pilihanraya namun usaha membela rakyat tetap diteruskan” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival tersebut.
Mohd Rafi merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO turut menzahirkan rasa syukur dengan golongan anak muda yang hadir beramai ramai sekali gus mengiktiraf usaha UMNO Labuan.
“UMNO sentiasa bersama mereka untuk mendekati rakyat sambil menegaskan kehadiran anak muda membuktikan perjuangan UMNO kekal relevan dan terus diterima rakyat,” jelas Mohd Rafi.
Karnival berlangsung sehari itu menyaksikan pelbagai acara sukan rakyat disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli UMNO.
Selain di meriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan rakyat turut menjadi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat yang hadir ialah sesi cabutan bertuah yang menyediakan empat pakej umrah, dua motosikal untuk serta puluhan hadiah lain menarik untuk dibawah pulang.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani.