Kes Covid-19 melonjak, PKP di Lahad Datu tengah malam ini

Ismail Sabri

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah, bermula 11 hingga 24 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP di daerah itu dikuatkuasakan susulan lonjakan mendadak kes baharu Covid-19.

“Sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif direkodkan dalam tempoh 14 hari di daerah terbabit selain terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, Kampung Bukit Belacon di Segama, Lahad Datu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 26 kes positif susulan 543 ujian saringan. Tambahnya, kawasan itu menunjukkan lonjakan kes dan kadar jangkitan tinggi sejak seminggu lalu.

Sementara itu, Kampung Muhibbah Raya di Tawau, Sabah juga dikenakan PKPD selepas 30 kes disahkan positif susulan 113 ujian dilakukan.

SabahNewsToday

Leave a Reply