TAWAU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kemajuan Sabah dan Sarawak tidak akan dapat dicapai sekiranya semangat perpaduan dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan tidak diperkukuh.
Beliau berkata, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjadi penghalang dalam membina masa depan yang lebih baik buat rakyat, sebaliknya seluruh pemimpin perlu bersatu dalam satu muafakat nasional demi kemajuan negara secara menyeluruh.
“Kerana sikap kita mahu membangun saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana menyebut tentang keperluan kerjasama,kadang-kadang saya tak mampu jawab semua teguran.
“Kadang ada orang pemimpin sebab kata mereka itu banyak jawatan-jawatan besa,mereka ada yang jaga parlimen.
“Tapi sekarang seolah-olah hari-hari bicara tunjukkan bagi orang-orang nak maju Sabah dengan seru dengan Semenanjung atau berseru dengan Persekutuan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, Semenanjung, Sarawak serta Sabah tidak akan maju jika semua tidak bersatu serta bermuafakat untuk mengangkat negeri ini bersama-sama.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI memperuntukkan lebih RM350 juta bagi pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan kampung demi keselamatan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman seluruh negara.
“Program tersebut yang dikenali sebagai SOLAR MADANI telah pun dilancarkan dengan projek rintis di Tawau, Sabah melibatkan pemasangan 40 tiang lampu solar.
“Ia merupakan hasil kerjasama strategik antara kerajaan dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta penglibatan komuniti setempat,” jelas Anwar.
Beliau berkara, inisiatif ini bukan sahaja menjimatkan kos dan menggunakan tenaga hijau, tetapi turut menggalakkan penduduk menjaga kemudahan awam untuk manfaat jangka panjang.