29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Kerajaan umum pakej PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion untuk tingkat ekonomi, bantu rakyat- PM

Muhyiddin Yasin

KUALA LUMPUR (Bernama): Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif dengan tiga matlamat utama untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu rakyat di tengah-tengah langkah sekatan pergerakan untuk membendung peningkatan jangkitan pandemik COVID-19.

Tiga matlamat utama itu adalah untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda prihatin sebanyak RM33 bilion dan memyokong kelangsungan perniagaan sebanyak RM6 billion, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanan Perinthk Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini,” katanya dalam satu pengumumkan di sini, hari ini.

Antara inisiatif untuk rakyat ialah bantuan Prihatin Rakyat Tambahan, bantuan pinjaman bersasar, program subsidi upah, perlindugan undang-undang, geran khas prihatin, bantuan bas/teksi/e-hailing, diskaun bil elektrik, insentif dan juga fasiliti SRF Bank Negara Malaysia (BNM).

Semenjak COVID-19 melanda negara, kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 billion, katanya.

Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.

Justeru, terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsagan untuk disalurkan sepanjang tahun ini, kata Perdana Menteri.

Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles