KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (Total Lockdown) pada masa ini.
Muhyididn berkata nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion.
Muhyiddin berkata langkah baru Pemerkasa Plus akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam; meneruskan agenda prihatin rakyat; dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen malam ini.
Muhyiddin mengumumkan isi rumah pendapatan bawah RM2,500 akan menerima bantuan RM500 pada hujung nanti.
Kerajaan, kata Muhyiddin memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Pemerkasa Plus adalah satu lagi pakej rangsangan ekonomi selepas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan Mac lalu bagi membantu rakyat mendepani cabaran pandemik Covid-19.
Terdahulu, Pemerkasa membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.
Sebelum ini kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020 dan diikuti Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion.
Berita penuh menyusul