Oleh: Nika Andy Anthony
KENINGAU: Tapak lot perumahan Kampung Kuala Biah seluas enam ekar diagihkan kepada 119 lot rumah membawa sinar baharu kepada penduduk kampung berkenaan.
Ini khususnya golongan muda membina rumah di kawasan lebih bersistematik sekali gus terancang bagi kegunaan pada masa depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, kerja-kerja meratakan serta membersihkan kawasan lot tapak rumah perkampungan dimulakan dijangka siap dalam tempoh terdekat.

“Ini merupakan perancangan jangka masa depan untuk melihat segalanya teratur bagi membolehkan mereka dapat mendirikan rumah.
‘Kawasan tapak perkampungan ini menjadi kawasan perumahan yang lebih terancang serta sistematik khususnya kepada penduduk Kampung Kuala Biah.

“Ini sangat sesuai dengan salah satu teras utama dalam pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) mengutamakan kesejahteraan rakyat sesuai dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) menggariskan tiga teras utama dalam membangunkan negeri Sabah.
“Dalam tempoh 2021 hingga 2025 Pertumbuhan Ekonomi, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat serta menyediakan Jaringan Infrastruktur serta kelesterian hijau.
“Ini sekali gus dipacu lima pemboleh daya termasuk kemampanan fiscal, kemudahan kewangan, keberkesanan serta kecekapan penyampaian, kecemerlangan tadbir urus berintegriti dan kerajaan digital,” katanya.
Sementara itu Ketua Kampung Kuala Biah Assing Ansawang melahirkan penghargaan terima kasih keprihatinan Adun Sook, Datuk Ellron Angin dalam memastikan kawasan gazet kampung dapat dikeluarkan bagi manfaat penduduk kampung.
‘Kita sangat mengharapkan agar Adun Sook meneruskan perkhidmatan terbaik di kawasan pedalaman khususnya di Parlimen Pensiangan dalam usaha memajukan taraf ekonomi rakyat serta kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Biong@Ramili Mantan yakin akan lebih banyak pembangunan serta kemudahan kepada penduduk kampung.
“Kita percaya Datuk Ellron Angin memiliki perancangan yang lebih baik serta besar bukan sahaja di DUN Sook malah di seluruh kawasan Parlimen Pensiangan.
“Ini sudah akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sesuai dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.