29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

JANS perlu komited layani aduan ‘Careline’ 088- 326888 – Shahelmey

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dingatkan agar menerima panggilan yang dibuat ke talian ‘Careline 088326888’ kepada mereka.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk  Shahelmey Yahya berkata perkara ini perlu diambil serius  memandangkan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya juga menangani kerja-kerja yang berkait rapat dengan rakyat.

“Orang ramai perlu tahu apa yang kita lakukan, masalah dan cabaran yang kita hadapi supaya mereka faham.

“Ini bukan kritikan mahupun menunding jari. Sebagai contoh, kawasan Kingfisher dan Manggatal telah menghadapi masalah bekalan air, dan banyak aduan telah disalurkan kepada saya,” katanya.

Shahelmey merupakan Menteri Kerja Raya diminta mengulas laporan portal Sabah News Today melaporkan pengguna merunggut apabila nombor Careline 088-326888 milik Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak berfungsi sekali gus gagal melayani aduan pengguna.

“Kerapkali kita hubungi namun hanya di suruh menunggu ditalian berikutan mereka memenuhi banyak panggilan sehingga aduan kami gagal diselesaikan secara baik.

“Kita pohon Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmy Yahya ambil tindakan perkara ini atau cuba menghubungi nombor Care line 088-326888 JANS tersebut untuk mendapatkan kebenarannya,” katanya.

Shahelmy berkata, JANS perlu memaklumkan kepada pengguna ketika beliau bertugas di Tawau malam tadi.

“Saya ditanya oleh wartawan sama ada talian “careline” jabatan itu terputus kerana tiada siapa yang menjawab panggilan.

“Agensi serta jabatan lain juga perlu melibatkan diri dengan orang ramai bagi memastikan masalah aduan pengguna dapat diselesaikan secara bijaksana,” katanya.

Ketika ditanya alasan mengenai talian “careline” yang tidak berfungsi, beliau berkata ianya disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja dan kempen yang berterusan untuk memotong bekalan air bagi mereka yang tidak membayar bil mereka.

“Mungkin disebabkan itu, ramai telah membuat panggilan untuk bertanyakan status (bekalan air) bagi menjelaskan bil agar bekalan air bermeter mereka dipulihkan.

“Kerajaan negeri telah memberi kuasa kepada Jabatan Air Sabah untuk memulakan pengambilan kakitangan baharu.

“Tetapi, sudah tentu penambahan kakitangan tidak boleh dilakukan dalam tempoh terdekat kerana mereka perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu, kami menjangkakan kakitangan baharu akan datang pada bulan Jun (seterusnya),” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles