26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Jangan potong peruntukan Ahli Parlimen kerajaan- Bung Moktar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesa kerajaan agar tidak memotong peruntukan Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, peruntukan itu penting bagi menyokong usaha kerajaan memerangi kemiskinan menerusi kerjasama Ahli Parlimen memandangkan peruntukan itu adalah untuk manfaat rakyat di kawasan mereka.

“Justeru itu, saya ingin menyatakan kepada kerajaan Perdana Menteri untuk memerangi kemiskinan ini, bermakna Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan harus diperkasakan.

“Bagaimana memperkasakan, maka perbanyakkan peruntukan Ahli Parlimen, jangan kurang, tambah lagi sebab peruntukan Ahli Parlimen ini akses terus kepada rakyat.

“Rakyat menerima limpahan itu dan kita boleh mengangkat martabat mengeluarkan mereka dari kemiskinan, ini penting untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Banyak peruntukan, banyak bajet boleh dipotong, (tapi) peruntukan wakil rakyat menyokong kerajaan jangan dipotong,” katanya pada perbahasan usul Belanjawan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Bung Moktar turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana membentangkan Belanjawan 2023 yang merangkumi semua aspek sama ada di bandar atau luar bandar.

Katanya, apa yang jelas Perdana Menteri mempunyai komitmen membasmi kemiskinan di negara ini.

“Memerangi kemiskinan ini wajib walaupun mungkin tahun ini, tahun depan kita tidak berhasil tapi sekurang-kurangnya kerajaan perlihatkan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar hari ini benar-benar ingin memerangi kemiskinan,” katanya.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah turut menyarankan agar kerajaan turut memperkasakan aspek pembangunan khususnya di Sabah terutamanya pembangunan insfrastruktur jalanraya,bekalan air, kesihatan dan Pendidikan.

Menurut beliau apabila pembangunan insfrastruktur ini diberikan perhatian khusus oleh kerajaan ianya juga mampu membawa negeri ini dari garis kemiskinan.

“ Saya berterima kasih dalam belanjawan 2023 kerajaan bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo  dimana projek ini wajar diteruskan kerana ia adalah janji kerajaan persekutuan dan kita berharap tahun ini fasa 1 dapat disiapkan termasuk 19 pakej yang belum dimulakan” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar turut menyentuh mengenai tindakan Ahli Parlimen pembangkang menyinggung pelantikan Timbalan Perdana Menteri berhubung kes mahkamah dihadapinya.

Bung Moktar merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri I dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Tidakkah YB lihat dalam rumah sendiri pun ada juga kes mahkamah dan dalam istilah hidup kita ini, sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah, dia masih tidak bersalah. Jadi, apa masalahnya,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles