Hajiji Serah Kenderaan Rasmi Kepada 21 Pejabat Kawasan UPPM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sebanyak 21 buah kereta jenis hilux kepada 21 pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di lobi utama Menara Kinabalu, hari ini.

Beliau menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) daripada 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada fasa ke-2 penyerahan kenderaaan rasmi itu.

Hajiji berkata, setiap pejabat UPPM di 73 kawasan DUN akan menerima sebuah kenderaan rasmi yang bertujuan memberi kemudahan kepada PPM dan pegawainya untuk melawat kawasan dan kampung-kampung terutama sekali di luar bandar.

“Saya berharap dengan adanya kenderaan rasmi untuk UPPM, maka pegawai-pegawai kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan dengan lebih lancar dan berkesan”, katanya.

21 pejabat kawasan UPPM yang menerima kenderaan rasmi hari ini ialah Sulaman, Petagas, Tanjung Keramat, Segama, Gum-Gum, Bongawan, Tanjung Kapor, Kadamaian, Tamparuli, Inanam, Likas, Luyang, Tanjung Aru, Moyog, Membakut, Kundasang, Melalap, Sekong, Karamunting, Sulabayan dan Merotai.

Sebanyak 7 buah kenderaan rasmi telah diserahkan kepada 7 pejabat kawasan UPPM iaitu DUN Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk pada fasa pertama penyerahan pada 25 Oktober 2022.