Hajiji melawat serta serah bantuan di PPS Pitas dan Kota Marudu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas serta Kota Marudu, hari ini.

Di Pitas, beliau melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2.

Hajiji menyampaikan cek bantuan banjir kepada Ruddy. Gambar JKM.

Selain mendengar taklimat ringkas banjir, Hajiji turut menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 serta  bakul makanan kepada seramai 94 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir.

Sementara di Kota Marudu, beliau mendengar taklimat bencana alam banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dan menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada seramai 132 KIR mangsa banjir di Pentas Utama Dataran Bandau.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berusaha sedaya yang mampu membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

“Kita memerlukan laporan yang terperinci, cepat, tepat dan adil daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah agar kerajaan dapat mengambil tindakan susulan dengan segera.”

“Kerajaan GRS prihatin dan tidak akan membiarkan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir. Kita akan memberikan bantuan kepada mereka,” katanya.

Hajiji berkata, Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Beliau memutuskan antara bantuan diberikan Kerajaan Persekutuan ialah bantuan tunai ihsan RM1000 setiap KIR yang dipindah ke PPS, bantuan tunai RM10,000.

“Bantuan itu kepada waris yang meninggal, insentif untuk pembelian barang keperluan, bayaran untuk membaiki kenderaan dalam bentuk baucer RM1,000 dan bantuan kerosakkan rumah,” katanya.