KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengiringi Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Musa Aman ke Mesyuarat Majlis Raja- Raja ke-268 di Istana Negara di sini semalam.
Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Ini adalah Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama dihadiri Musa selepas dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
Terdahulu, Hajiji turut menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-145 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya, pada Selasa.
Pada mesyuarat itu, Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.
Beliau turut menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, di Kompleks Seri Perdana dan Putrajaya kira-kira jam 8 malam Selasa.
