Hajiji hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-141 di Putrajaya

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-141 yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negara itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-141 di Putrajaya.

Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.