Gunung Kinabalu selamat, tiada insiden selepas gempa

RANAU: Keadaan di Gunung Kinabalu dilaporkan terkawal dan selamat selepas kejadian gempa bumi pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah memaklumkan, pasukan MOSAR telah menjalankan pemantauan di kawasan gunung termasuk laluan pendakian utama.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada insiden atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Pemantauan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan pendaki dan orang awam.