SANDAKAN: Dua lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di Kampung Batu 11, Jalan Seguntor, di sini.
Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah memaklumkan serbuan dijalankan hasil maklumat pada jam 2.45 petang.
Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit digunakan untuk memindahkan diesel ke tangki skid bagi tujuan penyelewengan.
Sebanyak kira-kira 2,100 liter diesel bernilai RM12,537 dirampas bersama sebuah lori dan peralatan pemindahan.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
