RANAU: Tiada kerosakan struktur atau kecederaan dilaporkan susulan gempa bumi yang berlaku di Ranau dan Kundasang awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.02 pagi sebelum pasukan dari BBP Ranau menjalankan pemantauan di kawasan terlibat.
Pemantauan meliputi premis kedai, bangunan kerajaan dan kawasan tumpuan awam.
“Keadaan didapati terkawal dan selamat setakat ini,” menurut kenyataan itu.
JBPM berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan.
