Giat MARA Labuan bakal jalin kerjasama Strategik dengan LSE – Mohd Rafi

LABUAN : Pusat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan akan menjalankan kerjasama strategik dengan Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) sebagai usaha pusat itu membantu golongan belia memiliki kemahiran berkaitan industri perkapalan, minyak dan gas.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, satu memorandum persefahaman (MoU) antara kedua dua pihak akan di meterai selewat lewatnya pada November tahun ini.

“MoU itu nanti bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan belia untuk menceburi bidang ditawarkan.

“Tetapi ia juga membantu melahirkan lebih ramai golongan belia tempatan memperoleh kemahiran dalam bidàng minyak dan gas serta perkapalan,” katanya.

Mohd Rafi berkata, beliau memohon kepada kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai hub Pendidikan TVET dalam industri Minyak dan Gas di rantau Borneo melalui Pusat Kemahiran Giat MARA Labuan.

Hadir sama, Pengarah Giat MARA Negeri Sabah, Azizudin Aziz, Penolong Pengarah Giat MARA Negeri Sabah, Mohd Noh Nawawi Dan Pengurus Pusat Giat MARA Labuan, Mohd. Nadzri Nor Ahmad.