TAWAU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Apas, merekodkan 11,000 ahli berdaftar membabitkan 180 cawangan aktif sekali gus antara bahagian terbesar di seluruh negeri ini.
Ketua Bahagiannya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, beliau mengesahkan hampir 10,000 daripada ahli ini merupakan pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.

Katanya, ini merupakan satu kelebihan serta menjadi Gagasan Rakyat Bahagian Apas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti .
“Inilah adalah satu kekuatan kita terletak kepada sokongan pengundi tempatan yang memilih bersama-sama Gagasan Rakyat di Bahagian Apas.
“Dalam tempoh terdekat ini, Kita menjangkakan ada tiga lagi cawangan baharu sedang dalam proses pendaftaran, mencerminkan peningkatan sokongan masyarakat setempat terhadap Gagasan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Apas di Dewan Masyarakat Tawau, di sini semalam.
Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, ini secara tidak langsung menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap Gagasan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
“Sokongan rakyat ini banyak dipengaruhi kejayaan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dikenal pasti memberi impak besar kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Rakyat semakin yakin dengan hala tuju yang dibawa Ketua Menteri, dan inilah yang menjadi kekuatan utama Gagasan Rakyat dan GRS hari ini,” jelas Nizam.