KOTA KINABALU : Seorang dikenali sebagai Datuk Freddy Lim Nyuk Sang kini sedang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Sabah berikutan kes curi Lombong Emas Bukit Mantiri, Tawau di sini pagi ini.
Menurut sumber dalaman Wullersdorf Resources Sdn Bhd berkata, sebelum ini Freddy bersama Ketua Pegawai Eksekutif Aumas Resources Berhad, Chong Tzu Khen disahkan diambil keterangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN ) pada awal Febuari lalu.
Difahamkan beberapa rampasan termasuk wang tunai serta kenderaan mewah telah disita membabitkan beberapa akaun milik Freddy Lim Nyuk Sang dan Chong Tzu Khen telah dibekukan.
Sebelum ini, Mahkamah Khas Rasuah membebaskan tanpa dilepaskan dari kesemua pertuduhan terhadap Datuk Lo Fui Ming bersama dua anaknya.
Mereka dituduh menyeleweng 41 jongkong emas dan membuat dokumen palsu sekali gus menipu kerajaan negeri Sabah berjumlah RM1.3 juta kerana tidak mengisytihar royalti kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
Hasil siasatan polis mendapati semua royalti telah dibayar sepenuhnya manakala tiada kehilangan 41 jongkong emas dan tidak wujud pemalsuan dokumen dibuat oleh tertuduh.
Laporan polis yang dibuat Chong Tzu Khen diklasifikasikan NFA (No Further Action) oleh Pihak Pendakwaraya.