KOTA KINABALU : Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan mempunyai bilangan mesin dialisis mencukupi untuk menampung keperluan pesakit pada masa ini.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratin berkata, HDOK mempunyai 30 water points manakala 45 mesin dialisis membabitkan seramai 121 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan hemodialisis.
“Setakat ini seramai 52 orang pesakit mendapatkan rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di hospital berkenaan. Tiada isu dilaporkan masalah kekurangan bilangan mesin sedia ada di Hospital Duchess of Kent Sandakan masa ini,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan DUN Sabah di sini hari ini.
James menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Ching Ket Kiun bertanya berkaitan apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menanggani isu kekurangan mesin dialisis di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.
