KOTA KINABALU: POIC Sabah Sdn Bhd terus memperkukuhkan budaya integriti apabila seluruh warga kerjanya menyertai Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu.
Pengerusi POIC Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, komitmen terhadap integriti perlu diterjemahkan melalui tindakan dan amalan kerja yang beretika.
Beliau menegaskan rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk penyalahgunaan kuasa dan pemberian kelebihan yang tidak wajar kepada pihak tertentu.
“Integriti adalah asas kepada kejayaan dan kelangsungan sesebuah organisasi,” katanya.
