DUN Sabah luluskan RUU Mahkamah Syariah 2024

KOTA KINABALU :  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu serta tiga pindaan RUU.

RUU diluluskan itu termasuk RUU Mahkamah Syariah 2024 manakala, tiga RUU yang dipinda ialah RUU Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2024, RUU Keterangan Mahkamah Syariah (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2024.

Kesemua RUU tersebut dibentangkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif merupakan Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah.

RUU berkenaan diluluskan selepas bacaan pertama, kedua dan ketiga melibatkan lapan pembahas ketika sidang dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Speaker, Datuk Richard Yong Ke Wong dan Datuk Al Hambra Juhar.