NeuroHope galak masyarakat fahami potensi MBPK

KENINGAU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor dengan kerjasama Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bingkor akan menganjurkan Program NeuroHope pada 18 Julai ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Program itu bertujuan memperkukuh sokongan komuniti terhadap MBPK melalui pendekatan pendidikan, kesihatan dan intervensi awal.

Penganjur berharap program berkenaan menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih prihatin, inklusif dan menerima kepelbagaian, selaras dengan usaha memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan.