Dokumen tidak harus memberi status legal – Yong

KOTA KINABALU: Berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam berhubung dengan pemberian dokumen pengenalan kepada warga Asing di Sabah.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata dokumen tersebut tidak memberi status legality.

“Cadangan sedemikian perlu dihadkan kepada pekerja yang bermajikan sahaja.

“Meskipun melalui cadangan tersebut menyebut hanya mereka yang sudah lama berada di Sabah, akan tetapi dikhuatiri ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar.

“Sekiranya tidak, maka ia akan mendorong ramai warga asing membanjiri Sabah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian salam satu kenyataan media dikeluarkan di sini semalam.

Yong mencadangkan agar, pihak penguatkuasa imigresen segera memperkasakan penguatkuasaan Dan menghantar pulang pendatang tanpa izin (PTI) ke negara asal mereka.

“Pada masa yang sama, penguatkuasaan sempadan bagi menghalang kemasukan PTI mesti diperkuatkan,” katanya.