COVID-19: 1,166 kes positif, satu kluster baharu di Sabah – Masidi

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 1,166 kes positif COVID-19 baharu hari ini dengan kumpulan berumur 18 hingga 59 tahun menjadi kelompok paling tinggi dijangkiti, menjangkau hingga 793 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 itu menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di Sabah kini 86,889 kes.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata satu kluster direkodkan hari ini iaitu Kluster Sibulu di Tenom, yang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu tapak binaan hidro dalam Mukim Kuala Tomani.

Daripada 114 sampel yang diambil, 55 sampel dikesan positif COVID-19 termasuk 35 kes baharu pada hari ini manakala 54 sampel didapati negatif sementara lima lagi sampel masih menunggu keputusan ujian saringan.

BERNAMA