Christina, Sazalye, Raymond tewas dalam pemilihan Ketua Cabang

KOTA KINABALU : Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew tewas dalam pemilihan cabang parti yang diadakan baru-baru ini.

Beliau kehilangan jawatan Ketua Cabang Kota Kinabalu tewas kepada pencabarnya, Lee Li Mei.

Menurut keputusan rasmi disiarkan di laman web Pemilihan PKR, Lee memperoleh 1,381 undi, mengalahkan Christina hanya memperoleh 1,157 undi.

Sementara itu, Setiausaha PKR Sabah, Sazalye Donol, gagal mempertahankan jawatan ketua cabang Kota Marudu selepas menduduki tempat ketiga dalam pertandingan empat penjuru.

Jawatan tersebut dimenangi Ketua Pemuda PKR Kota Marudu, Zaidi Jatil, dengan 1,031 undi sementara itu Zaidi juga ketua Pemuda PKR Sabah.

Tempat kedua diraih oleh Jolius Majawai dengan 648 undi, diikuti Sazalye (512) dan Jasmon Jaji (182).

Timbalan Ketua PKR Sabah, Raymond Ahuar, juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Pensiangan.

Raymond tewas kepada Rufinah Pengeran, memperoleh 2,694 undi, mengalahkan Raymond (823) dan pencabar ketiga, Danny Anthony Andipai (81).

Rufinah merupakan isteri kepada bekas Pengerusi PKR Sabah, Sangkar Rasam, memenangi jawatan Ketua Cabang Keningau.

Sangkar, yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 1,720 undi dalam pertandingan satu lawan satu menentang abangnya, Antakor Rasam, yang mendapat 295 undi.

Sementara itu, Ketua PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud, berjaya mengekalkan jawatan ketua Cabang Kota Belud selepas mengalahkan dua pencabar.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Sepanggar dan timbalan menteri pengajian tinggi ini memperoleh 1,405 undi, mengatasi Madeli @ Modily Bangali (100) dan Azhrie Jenaim (67).

Setakat jam 10 pagi, keputusan rasmi bagi 24 daripada 25 pemilihan cabang PKR telah diumumkan, dengan keputusan bagi Cabang Semporna dijangka diumumkan selepas proses pengauditan selesai.

Sementara itu, perebutan jawatan ketua Cabang PKR Silam tercemar dengan dakwaan penipuan dalam proses pengundian dalam talian.

Menurut laporan salah seorang calon membuat laporan polis semalam selepas namanya didakwa ditandakan sebagai ‘tarik diri’ untuk tempoh tertentu semasa pemilihan.

Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin dilaporkan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Di Tawau, Tommy Thomas, menduduki tempat ketiga dalam perebutan jawatan ketua cabang selepas memperoleh 424 undi.

Tommy tewas kepada Fung Thin Yein (591) dan Mohd Apas Muslihat (470) manakala pencabar keempat Raymond Sung Kok Long memperoleh 347 undi.

Perubahan kepimpinan dalam PKR Sabah ini dijangka memberi impak kepada strategi parti menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.