PUTATAN : Masalah Tekanan air di kawasan Sepanggar dan Tuaran dijangka akan kembali pulih sepenuhnya menjelang awal Julai ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, ini selepas paip utama baharu Telibung II fasa Dua siap dipasang serta dibuat tanaman testing and commissioning pada hujung Jun ini.
Katnya, pihaknya sedang memantau perkembangan prestasi kemajuan kerja kontraktor dari semasa ke semasa.
“Kita tengah monitor perkembangan prestasi kemajuan kerja kontraktor dan daripada lawatan saya terakhir pada hujung Mac sebelum Hari Raya saya begitu yakin ia boleh disiapkan pada hujung Jun.
“Jadi, itu bermakna jumlah air yang dihasilkan di Telibung dua Fasa dua termasuk Telibong 1 akan mencapai tahap yang optima,” katanya di sini semalam.
Shahelmey berkata, pada masa ini paip baharu belum siap sepenuhnya bekalan air masih dalam kuantiti hanya 100-105 juta liter sehari.
“Kerja-kerja membaik pulih telah dijalankan memakan masa lebih kurang dua hari dan siap pada awal tubuh Khamis dan selepas itu bekalan air pulih di isi ke tangki simpanan utama yang kita panggil sebagai K1.
“Namun, selepas tangki K1 tersebut mencapai paras yang baik, satu lagi transmisi paip bocor terletak di kawasan kampung Brunei Sepanggar di mana paip tersebut menghantar air daripada K1 kepada tangki R13 di Universiti Malaysia Sabah (UMS),” jelas Shahelmey.
Menurutnya, kejadian paip bocor tersebut disebabkan sambungan haram wujud tekanan air di dalam paip transmisi tersebut menyebabkan sambungan tersebut tercabut.
“Perkara ini telah diperbaiki pada hari Khamis tersebut juga dan lewat malam Khamis, iaitu pada awal pagi Jumaat, paras R13 di UMS mencapai tahap baik, lebih 3 meter dan selanjutnya boleh disalurkan kepada kawasan pengguna.
“Namun demikian, ada juga kejadian macam contohnya perumahan Alam Mesra hanya pada 10 pagi, 11 pagi Jumaat bekalan kembali pulih disebabkan oleh kejadian apa yang kita panggil airlock,” katanya.
Shahelmey berkata, udara tersumbat di dalam saluran paip dapat diselesaikan pasukan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk buat flushing sekali gus mengeluarkan air terperangkap supaya air boleh lalu di saluran tersebut.
“Jadi Alhamdulillah Kingfisher, Alam Mesra kembali pulih. Manakala di Kampung Likas pula, saya juga mendapat sedikit aduan, tekanan yang rendah dan antara cabaran kita ialah saluran paip ditebuk oleh sambungan haram.
“Saya minta pasukan jabatan air untuk sentiasa memantau cabaran itulah dari masa ke semasa,” jelasnya.