
KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin petang semalam menerima kunjungan hormat Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT) Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta rombongan di Pejabat Bangunan Kementerian Kerja Raya di Sembulan.
Dalam perjumpaan tersebut, pelbagai isu dibincangkan bersama antaranya mengenai soal Isu Kabotaj Pengangkutan dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Dalam pada itu, Wee juga turut menyampaikan jemputan kepada wakil dari kerajaan Negeri ke Mesyuarat Majlis Pembangunan (MOT) Malaysia yang buat julung kalinya diadakan di ibu negara dalam tempoh terdekat ini.

Bung (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Wee (dua kiri) dan rombongan (MOT) di pejabatnya dekat sini.
SabahNewsToday