Sumbang kurma kepada sekolah pendidikan khas: Robert

Robert sampaikan sumbangan kurma

KOTA KINABALU : Sempana bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @Nordin bermurah hati menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kakitangan dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Kota Kinabalu di pejabat beliau di bangunan JKR Sembulan petang kelmarin.

Robert terima kunjungan

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor yang pada mulanya berhasrat untuk hadir sendiri ke sekolah tersebut terpaksa dibatalkan kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sebaliknya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Abdul Jalil Abdul Samad yang diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PBG) Maimunah Abd Mohid dan guru pengiring Cikgu Linah.

SabahNewsToday

Leave a Reply