KOTA KINABALU : Golongan wanita perlu diberikan ruang menjadi calon Ahli Undangan Negeri (ADUN), Senator serta pemimpin dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda berkata, selain itu ADUN terdiri daripada wanita seramai enam orang, bersama seorang ADUN lantikan bukan dikurangkan tetapi perlu ditambah.
Katanya, beliau juga tururt mencadangjan agar ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Rendaan dikekalkan bertanding di DUN Pintasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
“Libatkan atau berikan kuasa untuk menjadi agen penyampai bantuan kerajaan khususnya berkaitan wanita dan belia.
“Kerajaan Negeri meningkatkan penglibatan wanita menerusi pelbagai insentif juga adalah bukti keprihatinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor,” katanya di sini semalam.
Redonah berlata, semasa persidangan tahun lalu telah direalisasikan melalui Belanjawan Sabah 2025 dengan peruntukan lebih RM 21 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA), Yayasan Usaha Maju Sabah Credit dan Institut Pembangunan Sabah (IDS).
“Semua ini adalah. untuk memperkasakan wanita dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial.
“Wanita Gagasan Rakyat juga sentiasa meneruskan gerak kerja melalui program ziarah Salam Sayang bertujuan menjaga pengundi secara berterusan di setiap DUN,” jelas Redonah.
