LABUAN : Pembinaan Kolej Vokasional Labuan (KVL) baharu siap di bina mampu meningkatkan kapasiti penambahan pelajar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ini sekali gus berupaya mentransformasikan dari Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional tujuh Kolej Rintis.
Katanya, projek yang bernilai RM24 juta itu mula di bina pada Disember 2029 dan siap sepenuhnya pada 20 Mac 2024.
“Projek ini merupakan touch point kepada rakyat dalam usaha kerajaan untuk memperluaskan pendidikan Vokasional dan meningkatkan kemahiran kelulusan TVET selaras dengan Transformasi Pendidikan Negara,” katanya di sini baru-baru ini.
Alexander berkata, terdapat beberapa projek milik KPM diamanahkan kepada KKR dan JKR yang sedang dalam fasa Perancangan dan fasa Perolehan serta ada juga dalam fasa pembinaan.
“Kesemua projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti, sekali gus mampu meningkatkan peluang pembelajaran kepada pelajar khususnya di Labuan. Projek tersebut menelan belanja sekitar RM 162 juta,” jelas Alexander.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Nik Nasaruddin Mohd Zawawi.