๐ง๐๐ช๐๐จ : Dua bot tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta perikanan dan Ordinan Perkapalan Saudagar dalam dua tangkapan berasingan di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal peronda Maritim mengesan serta memeriksa sebuah bot nelayan yang sedang menunda pukat di kedudukan 1.5 batu nautika selatan Batu Tinagat pada pukul 5.10 petang.
Katanya, pemeriksaan terhadap bot terbabit mendapati seorang juragan bersama empat awak-awak lelaki warga Indonesia berumur di lingkungan 23 hingga 42 tahun memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
โPemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menunda pukat di bawah jarak dua batu nautika daripada daratan berdasarkan kedudukan bot tersebut.
โKira-kira sejam selepas penahanan itu, bot peronda Maritim Malaysia turut berjaya menahan sebuah bot kargo pada kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Pelabuhan Tawau,โ katanya dalam kenyataan media hari ini.
Shahrizan berkata, pemeriksaan ke atas bot membawa muatan buah sawit dari Pulau Sebatik menuju ke perairan Tinagat itu mendapati seorang nakhoda bersama dua krew lelaki warga tempatan berumur di antara 24 hingga 59 tahun mengoperasikan bot ketika lesen tamat tempoh.
โKedua-dua bot bersama muatan serta krew diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952-MSO kerana didapati melanggar syarat sah lesen.
โKesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM300,000,โ jelas Shahrizan.
Menurutnya, pihaknya menegaskan kepada komuniti maritim setempat untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.
โPihaknya tidak akan berkompromi jika didapati pengusaha bot gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan,โ tambahnya.