26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Bajet Sabah 2022 dibentang esok

KOTA KINABALU: Bajet Sabah 2022 yang bakal menentukan hala tuju kewangan negeri tahun depan dijadual dibentang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 di sini, petang esok.

Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan hari ini memberitahu Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan Sabah akan membentangkan bajet tersebut.

Hajiji hari ini menerima teks ucapan Bajet Sabah 2022 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Datuk Rusdin Riman di pejabatnya di Kementerian Kewangan Sabah, Menara Kinabalu di sini, menurut kenyataan itu.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, serta dua Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Jasnih Daya.

— BERNAMA

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles