Anak Syarikat Aumas Berhad, Wullesdort Resources Sdn Bhd Diarah Hentikan Operasi Perlombongan Emas Di Bukit Mantiri, Balung Tawau Serta-Merta

TAWAU : Syarikat Wullesdort Resources Sdn Bhd serta Aumas Berhad menjalankan kerja-kerja perlombongan emas diarah menghentikan operasinya serta-merta selepas Air Kolam takungan milik pecah di sini Isnin lalu.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia semasa pemeriksaan dan siasatan bersama dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan selepas video disiarkan Sabah News Today berdurasi 1:23’ tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan kolam penahan airnya pecah dipercayai mengandungi sisa kimia “Sodium Cynide”.

Menurut sumber memaklumkan kepada Sabah News Today, larangan itu akan terus berkuat kuasa sehingga syarikat terbabit dapat menyediakan kemudahan penampungan air baharu yang amat sukar.

“Ini kerana tiada kawasan yang sesuai untuk pembinaan empangan tersebut di dalam kawasan pajakkan kecil Wullersdorf Resources yang dipajak daripada Southsea Gold Sdn Bhd selaku pemilik konsesi keseluruhan.

“Pasukan pemeriksa termasuk wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri serta abatan Perhutanan Negeri menjalankan pemeriksaan di sini semalam,” katanya kepada Sabah News Today’ di sini hari ini.

Menurutnya, ini susulan kejadian di mana tembok kolam tadahan itu runtuh dan melimpah, menyebabkan air tercemar mengalir sehingga ke Sungai Kalumpang.

Jabatan Alam Sekitar dijangka mengumpul sampel air pada hari ini dari kawasan sekitar lombong emasserta lokasi yang terjejas akibat tumpahan termasuk Sungai Kalumpang.