TAWAU : Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) perlu mengambil langkah drastik bagi mengelakkan berlakunya ancaman serangan buaya di kawasan Sungai Merotai, Tawau.
Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, tular video beberapa lalu penduduk Kampung Jagung serta Sungai Kampung Iban Merotai mendakwa melihat seekor buaya ketika banjir melanda kawasan perkampungan mereka.
Katanya, kemunculan buaya tersebut sudahnya tentu menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung khususnya mereka bekerja sebagai nelayan tempatan.
“Jabatan Hidupan Liar Sabah perlu mengambil langkah drastik bagi mengawal serangan buaya di Sungai Merotai ini agar mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Mereka perlu bertindak segera…Jangan menunggu ada berlakunya kes serangan buaya sehingga mengorbankan nyawa penduduk barulah mereka bertindak untuk membuat tangkapan,” katanya di sini hari ini.
Liew berkata, sekiranya tiada sebarang kawalan dilakukan, sudah pasti penduduk kampung akan sentiasa berhadapan risiko besar menjadi mangsa pada masa depan.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Liew menegaskan agar pihak berkuasa membantu menyelesaikan ancaman isu gajah liar sehingga merosakan hasil tanaman penduduk Kampung Merotai.
Menurutnya, sejak kebelakangan ini isu gajah liar sering kali menghantui penduduk manakala kemunculannya ketika ini tanpa mengira masa.
“Kita menerima aduan, pihak penduduk kampung sudah beberapa kali mengemukakan aduan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL), namun mereka gagal mengambil tindakan drastik.
“Penduduk kampung sudah tidak tahan berkaitan ancaman gajah liar kerana merosakan tanaman menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti pertanian,” kata Liew.
Beliau berkata, sampai bila penduduk kampung mampu bertahan, sedangkan pertanian merupakan hasil pendapatan utama penduduk di kawasan ini.
“Di Sabah reptilia ini kini dilindungi di bawah Jadual 1, Bahagian 1 (Seksyen 25 (1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,” kata Liew.