Amal Malaysia bantu unit tabung darah Hospital Kinabatangan

KINABATANGAN: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Kinabatangan melakukan program Amal Blood Donation 2022 (ABD22) untuk membantu darah di Hospital Kinabatangan.

Program bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Lamag, Unit Tabung Darah Hospital Kinabatangan dan Masjid Al-Ghafar diadakan di Dewan Terbuka Masjid Al-Ghafar, di sini semalam.

Komanden AMAL kawasan Kinabatangan, Hatem Zakaria berkata melalui ABD22 ini mampu mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara AMAL dengan agensi kerajaan kerana program seumpama ini menjadi program tradisi.

“Kita yakin usaha ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Kinabatangan sekiranya kempen derma darah kerap dijalankan.

“Kami juga mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya program ini merupakan pertama dikendalikan bersama Masjid Al-Ghafar untuk tahun ini dan sambutan sangat menggalakan.

“Selepas ini kami akan adakan lagi untuk siri seterusnya pada masa akan datang di tempat yang berbeza kerana terdapat permintaan dari mukim lain bersedia bekerjasama kami,” katanya.

Beliau berharap masyarakat Kinabatangan lebih peka untuk selalu menderma darah kerana dengan darah yang didermakan itu boleh menyelamatkan ramai orang yang memerlukan.