Agong rasmi pembukaan Dewan Rakyat, Dewan Negara hari ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Dewan Rakyat pagi ini bagi merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14.

Seri Paduka tiba pada pukul 10.20 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac.

Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.

— BERNAMA