Agensi berkaitan selesaikan masalah sampah di sekitar perairan di Jeti Jeselton

KOTA KINABALU : Pejabat Ahli Parlimen Kota Kinabalu akan membawa isu dua gambar tular dilaman sosial mengenai sampah di perairan Jeti Jesselton kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurutnya kenyataan Pejabat Parlimen Kota Kinabalu dilaman Facebook malam tadi punca pencemaran sampah di perairan jeti Jesselton adalah disebabkan angin kuat serta ombak yang membawa masuk sampah.

“Walau bagaimanapun, agensi-agensi yang berkaitan sudah mengambil tindakan segera terhadap isu tersebut dan akan membersihkan sampah dengan secekap mungkin, katanya kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Pejabat Parlimen Kota Kinabalu menerima pelbagai aduan serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Kinabalu telahpun membawa isu berikut kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.